Terbaik Dari Masz(◕◡◕)Sidek

Jumaat, 29 Jun 2012

Salam Jumaat # Baik & Buruk


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu,
ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

[Surah Al-Baqarah : Ayat 216]

Khamis, 28 Jun 2012

Gambar PNG (Background Transparents)

Ni permintaan dr Sis Yumida
Sebelum ni aku ada buat tuto cara nak buat header guna powerpoint
[ RUJUK SINI @ RUJUK SINI ]


Yumida nak tahu macam mana nak lukis guna powerpoint...
Kalau melukis serupa doodle ke.. aku tak pandai sangat...
Kalau setakat sikit2 tu pandailah sikit...
(ayat punyalah berbelit.. hehehe)
RUJUK LINK KAT ATAS YER....
Yumida... rasa2nya nak lukis guna excel dan powerpoint tak jauh bezanye kan...
Yg bezanya excel tu ada kotak2... powerpoint tak de...
(Betulkan kalau sy salah yer ;p)

Yang gambar gegirl comel dlm header tu...
Aku cari kat google jer...
Background dia transparents...
Ni aku nak bagi tip....
Kalau korang nak cari gambar yg background dia transparents..
Pastikan korang letak perkataan PNG
cth : doodle png, cat png, flower png
Dah jumpa yg berkenan SAVE kan...
Pastikan PNG.... bukan JPG yer...
Tak perlu korang pening kepala nak guna photoshop untuk hilangkan background dia...

p/s : Yumida... ktk ajar juak macam ni guna excel...
kmk dolok pernah try excel... tp bila nak save kmk sik tauk macam ni...
last2 kmk copy pindah ke powerpoint... lepas ya baruk save...
lalu byk keja gik jadinya... hehehe
terjawap sik soalan ktk tek, Yumida...
macam melelat-lelat jak nak di padah kmk tok... hehehe

Ni Kau Punya Pasal & Rasa Nak Tukar Header La...

Aku tak de idea pagi ni...
Maka entry entah apa2 ni terhasil...

Ni kesinambungan pergaduhan 2 kumpulan
Baca SINI dan SINI



Kan dah masuk penjara... tu laa...
Gaduh lagi...


p/s : aku rasa nak tukar header laa...
Ok tak header bawah ni...
Gambar tu aku ambil kat google...
lepas tu aku buat guna powerpoint jer...

Rabu, 27 Jun 2012

Selesai MengUPLOAD Video

Alhamdulillah... 
Dah selesai upload Video Wedding Kazen aku ke Youtube...
Lepas ni bolehlah saudara-mara yg tak dpt hadir ke majlis tengok video ni...
Entry tentang wedding dia pun, aku belum buat lagi...
Aku dah janji nak buat entry dr mula sampai akhir pasal wedding dia...
Insya-Allah... aku akan buat nanti...
Harap2... korang tak kisah yer...
Dan tak termuntah hijau, purple, kuning ... hehehe
Sbb entry pasal wedding tu panjang...
Dan mungkin aku akan buat beberapa bahagian...

Kalau korang teringin nak tengok video tu..
korang klik link kat bawah ni yer...

Gambar ni di ambil sebelum majlis Akad...
tengah tunggu tok kadi waktu tu.. :D

Segmen dari Jiakreatifelt : header dulu hingga kini yang terbaik


Segmen ni kesinambungan dr segmen yg aku JOIN sebelum ni...
[RUJUK SINI : untuk segmen yg aku JOIN tu]
Para peserta2 yg join segmen ni diminta memilih 3 header yg terbaik yg join segmen ni jugak...

Header pertama yg aku pilih ialah....
...Mrs Erry Bercerita...
Aku pilih header ni... bukan sbb dia undi header aku yer...
Seperti yg Deqla kata...
Header dia ni di buat oleh Mama Arina...
Kalau korang nak tahu...
Freebies yg Mama Arina buat... semuanya Cute...
Kan Deqla.... :)
Kalau tak caya... korang pergilah terjah Blog Mama Arina...



Header Kedua adalah dari blog
Kancil 8349
Kancil
Sbb apa aku pilih blog Kancil...
Sbb kancil pun undi aku jugak.... hehehe...
Tak de lah... gurau jer.... ;p
Sbb nama Blog ni UNIK sangat...
KANCIL 8349 dan aku suka tengok gambar kereta Kancil tu...



Dan Header ke Tiga adalah dr blog...
BLOG CIK LYNN
Cik Lynn
Aku pilih blog ni sbb
Aku suka kombinasi warna header dia...
Dan ada belon love gitu....


Korang... korang... korang...
Sudi2lah UNDI header blog aku yer...
Kalau nak undi peserta lain...
Korang Klik Banner kat bawah ni untuk melihat peserta lain...


Kepada yg telah mengundi aku tu...
Aku nak ucapkan TERIMA KASIH...

Yang bukan perserta kalau nak undi...
Korang buat satu entry...
Dalam entry tu korang letaklah header yg korang berkenan...
Kalau sudi letaklah header aku yer...
Untuk maklumat lebih lanjut KLIK HEADER JIA

update : 28 Jun 2012
Walaupun blog aku ni dah tukar header baru...
Header kat bawah ni... yg ada gegirl comel ni...

 Untuk segmen ni...
Aku akan kekalkan header lama untuk di pertaruhkan...

SEGMEN : BLOGLIST JULAI 2012 NASZ


Memandangkan Bloglist Bulan June di blog Nasz akan di delete..
Aku merajinkan diri sekali lagi untuk join segmen untuk bloglist bulan Julai...

Sebelum tu kena jawap...
KENAPA SAYA SUKA TERJAH DAN BACA BLOG NASZ?
~~> Apa yg Nasz kongsikan di blog byk manfaat dan Nasz juga rajin singgah blog sy dan komen...
Sangat menghargainya...
Dan satu lagi.... suka baca kisah kehidupan Nasz... apa yg berlaku di sekeliling Nasz... :)

Segmen sampai 10 mlm ni, 27 Jun 2012

Nak Join... Jom sempat lagi ni...

Wordless Wednesday # Upload

Selasa, 26 Jun 2012

Siapa BODOH!!!

"Orang BODOH nampak PANDAI... Bila banyak DUIT,
Sebaliknya... Orang PANDAI nampak BODOH... Bila tak de DUIT."
Aku jumpa ayat atas tu kat satu risalah dalam peti surat opis...
SIAPA BODOH???
Orang yang ada duit atau orang yang tak de duit???
Atau orang yang buat ayat tu... BODOH
Luu... pikirlah sendiri....

Hakikat zaman sekarang...
Hidup memang memerlukan duit... sikit2 duit...
Nak beli tu... kena ada duit... 
Nak beli ni... pun kena ada duit...
Nak masuk tandas pun kena bayar duit...
Tapi ayat kat atas tu... macam tak kena jer kan...

"Orang BODOH nampak PANDAI... Bila banyak duit"
Kalau tak pandai uruskan duit tu... nampak bodohlah dia... kan
Senang jer kena tipu... kena pergunakan...

"Orang PANDAI nampak BODOH... Bila tak de duit"
Mungkin orang pandai ni nak hidup sederhana... tak nak jadi hamba duit...
Dan... dan... dari pengalaman akulah... makin banyak duit yang kita ada...
Makin byklah kita berbelanja... kadang2 tu yg di beli entah ape2 jer... 
RM 1000 boleh habis dalam beberapa jam jer... kan...

Dan hakikat kehidupan ni..
Kita hidup ni bukan sahaja memerlukan duit....
Kita juga memerlukan kasih sayang, hidup yang damai bahagia...
Kalau banyak duit tapi hidup sunyi, sedih...
Tak bahagia, tak guna jugak kan...

Apa yang penting kita jangan jadi 'HAMBA DUIT'
Di perBODOHkan kerana DUIT...
Tu lagi nampak keBODOHan...

Fikir2kan & Renung2kan

p/s : perut tak selesa bila 'kawan baik' datang melawat....
Dan akhirnya, aku dah habis baca NOVEL BIDADARI SALJU

Cemas Seketika


Blog has been removed
YA ALLAH....
Kenapa boleh jadi macam ni... 
Cemas... Siapa yang tak cemas...
Tiba2 jer blog kena remove...

Ok...ok... tarik nafas... hembus...
Tarik nafas hembus... Tenang kan diri...

Selalu baca... bila blog remove pergi check email...
Aku pun g check email...
Sign In email...
Eeehhhh... tak boleh masuk...
Dia minta no. tel...
Ok... aku bagi jer...
Lepas tu... dapat verification...
Masukkan verification...
Alhamdulillah... Verification sepadan...
Dapat masuk...

Aku terus try masuk blog...
ALHAMDULILLAH... 
SELAMAT BLOG AKU....

p/s : perkara ni terjadi semalam 15 minit sebelum aku nak balik...
nasib baik selamat.... kalau tak kena buat blog barulah jawapnya... huhuhu

Isnin, 25 Jun 2012

Untuk Mak Yang Tersayang

Semalam merupakan ulang tahun kelahiran mak aku...
24 June 1962...  yg ke 50 tahun

Mak, kmk adik beradik doakan ktk panjang umo, 
dpt ktk nangga anak2 ktk nait pelamin... beranak pinak...
Semoga ktk di murahkan rezeki... Di berik kesihatan yang sihat walfiat...
Dan semoga segala impian dan hajat ktk tercapai...
Sayang ktk... muah... muah...


Tarikh lahir ni jugak di kongsi oleh sorang kazen aku Affy... 1992...
Happy Birthday Affy... Belajar rajin2 dolok k... ;p

p/s : hari ni bz... tak sempat nak BW...
Insya-Allah... bila dah tak bz nanti aku g jalan2...

Sabtu, 23 Jun 2012

Kebenaran Mengenai Kucing

Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu


Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan :

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing :

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….
Sumber : FB  : Dunia macam-macam

Jumaat, 22 Jun 2012

Assalamualaikum & Signature Automatik Ada Dalam Setiap Entry


Assalamualaikum dan Signature ni memang AUTOMATIK akan ada dalam entry...
Waktu korang tulis entry tu...
korang tak yah risau bila korang tengok NEW POST korang kosong yer...
Korang ikut tuto kat bawah ni dulu...
Bila dah siap... korang try PREVIEW ENTRY KOSONG dulu...
Jangan tulis ape2... untuk tengok hasilnya...
Entry2 sebelum ni pun... automatik akan ada Assalamualikum dan Signature jugak...

Log in > Dashboard > Design > Edit HTML

Tick Expand Widget Template

Cari Code
<data:post.body/> 
(Tekan Ctrl + F untuk memudahkan pencarian)


Kemudian letakkan code ini
<center><img src="URL GAMBAR"/></center> 
di hadapan dan di belakang code <data:post.body/>


Hasilnya begini :

<center><img src="URL ASSALAMUALAIKUM"/></center> <data:post.body/> <center><img src="URL SIGNATURE"/></center> 

Masukkan "URL ASSALAMUALAIKAN " dan "URL SIGNATURE"

Kemudian PREVIEW dulu...

Kalau OK... Baru SAVE

KLIK SINI untuk mendapatkan freebies ASSALAMUALIKUM
Dan untuk mengetahui cara mendapatkan URL GAMBAR KLIK SINI

Selamat Tengah Hari # Ayam Panggang


Selamat tengah hari....
Apa menu korang tengah hari ni...
Gambar kat atas tu.... bukan menu yg aku makan tengah hari ni yer...
Tu MALAM SEMALAM PUNYA....
Saje nak tunjuk hari ni...

Ayam panggang ni memang terbaik...
SEDAP... SAMBAL cecah dia pun sedap...
Kalau bulan puasa... kena cepat2 ke gerai dia...
Ambil nombor giliran dulu.... Kalau hari2 biasa tak perlu... siapa datang awal dia dulu... 

Untuk orang2 yang duduk KUCHING...
Gerai Ayam panggang ni terletak di BANDAR BARU SEMARIANG
Berhadapan H&L (Tepi sekali)

p/s : maaf pagi ni aku tadi tak sempat nak BW...
Petang ni baru ada kesempatan...
Tunggu KETIBAAN KU yer...

Salam Jumaat # Fitrah Manusia


FITRAH manusia itu BAIK
Namun boleh BERUBAH dan BERTUKAR arah tatkala dirinya
DIBELENGGU NAFSU dan DIGODA SYAITAN
dan
Apabila manusia itu BERUSAHA untuk berubah ke arah yang LEBIH BAIK,
Itu bermakna dia mahu KEMBALI KEPADA FITRAH...

Khamis, 21 Jun 2012

Freebies : Assalamuaikum

Assalamualaikum yang atas ni aku punya yer...
Jangan ambil... hehehee
Yang kat bawah ni dipersilakan ambil...
Tapi lepas ambil... sila tinggalkan komen yer... :)
________________________________________________________________________________

http://1.bp.blogspot.com/-exwrt-WgS7I/T-PpiTGxURI/AAAAAAAAFT0/Uor5k_PcnXc/s400/freesalam1.png

http://1.bp.blogspot.com/-7Pi_UtzjXZg/T-PpjUHDNCI/AAAAAAAAFT8/kfrdE_Offiw/s400/freesalam2.png

http://1.bp.blogspot.com/-sO_TadHXWLw/T-PpkZRGjqI/AAAAAAAAFUE/2wVOUwQyI0A/s400/freesalam3.png

http://4.bp.blogspot.com/-OuKcw8ViqMY/T-PplhqTQxI/AAAAAAAAFUM/Kl-YYOI5mIk/s400/freesalam4.png

http://4.bp.blogspot.com/-boB7Amv7-zI/T-PpnF-HotI/AAAAAAAAFUU/gMCHpejRlY0/s400/freesalam5.png



http://dl5.glitter-graphics.net/pub/2131/2131655nuh90w6djq.gif


http://dl.glitter-graphics.net/pub/2131/2131651dm8x4ovs6m.gif
________________________________________________________________________________

Nak buat SIGNATURE mcam kat bawah ni....
[ KLIK SINI ] Tutorial ni boleh membantu INSYA-ALLAH

Bidadari Salju


Bidadari Salju
Novel karya Mia Kiff
Keluaran SR Publication

Mula2 baca novel ni memang sedih...
Aku sampai menitis airmata... 
Sedih... kesian dgn heroin... 
Dia dibuli di sekolah, dipulaukan org kpg, di benci bapa sendiri...
Semuanya angkara FITNAH....

Dah nak masuk dua minggu aku dok mengadap novel ni...
Tak habis2... 
Mungkin sbb minggu lepas sibuk buat persiapan kenduri kazen aku...
Tu yang mood nak baca novel ke laut...
Minggu ni sambung balik baca...
Hari ni baru setengah dr novel baru di baca...
Lagi pun novel ni tebal giler...


Tebalkan novel ni....
Aku siap ukur dgn pembaris lagi... hehehe
2 inci ++ tebalkan novel ni...
Berat pun boleh tahan woahhh..

Tengok... berapa muka surat novel???
Ada 1265 muka surat...
Betapa tebalkan novel ni....

p/s : Aku pun satu jugak....
Suka beli novel tebal2...
Sekarang ni tengah usaha nak menghabiskan novel ni...
Ada sebuah lagi novel yg belum di baca....
Novel tu pun tebal jugak...
________________________________________________________________________________

Sinopsis : Bidadari Salju

Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Jangan ada yang berani tertanya soal ini kerana dia tidak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri.

Perjalan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri dihina, keluarga disisih masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri.

"Apa kata kalau aku jadi bapak ayam untuk kau, aku jual kau dengan harga seringgit. Buat apa mahal-mahal, bukan orang lalu pun tengok kau tu. Muka buruk macam ni, agaknya bagi free pun tak ada yang nak! Macam mana? Tak payah fikirlah, nama kau dah buruk, muka kau pun buruk, kau tak buat orang tetap tuduh yang kau buat!"

Kayra hanya mampu  menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bbohsia, pelacur, perempuan murah. Dia popular dengan gelaran jijik itu. Ya Allah, sampai bila aku harus bertahan?

"Hei Kayra! Kau dengar sini, kalau kau cari pasal dengan aku lagi, aku boleh buat yang lebih teruk dari ini. Sampai kau dahmalu nak hidup! Lagi pun, orang macam kau ni tak layak nak hidup, menyemakkan mata aku, menyusahkan hidup orang! Ingat amaran aku, kalau tak nahas kau! Tuihhh!" Hariz meludah muka Kayra dengan penuh benci dan jijik.

"Hariz bin Azman, aku tak kan lupa hari ni sampai bila-bila. Aku tak akan maafkan kau sampai aku mati! Jangan kau sesekali lupa mulka buruk ni kau pernah ludah Hariz!!! Allah, akan membalas segala perbuatan keji kau pada aku. Kau adalah manusia yang paling aku benci!!!

Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puaas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.

Sebulan Lagi Nak Ramadhan


Tak terasa hari ni masuk bulan Sya'aban... 1 Sya'aban 1434H
Sebulan lagi kita umat Islam akan berpuasa...
Semoga kita dipanjangkan usia...
Berkesempatan melalui bulan Ramadhan bersama2 umat Islam yang lain...
________________________________________________________________________________

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان

"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"

Maksudnya : "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak.

Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.

Diantara hadis yang paling masyhur ialah :
Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

~~> Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

~~> Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW

Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

~~> Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban :

1. Malam Nisfu Syaaban


Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.

Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.

Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.

Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi.

Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah.

Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.

Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.

Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.

Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.

Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.


Mata Yang Bergerak-gerak


Dari minggu lepas...
Kening sebelah kiri... asyik rasa bergerak2 jer...
Aku tak tahu kenapa...
Hari ni.. aku google
Dan akhirnya kau jumpa sesuatu...
Betul atau salah aku tak tahu...
Wallahualam...
GERAK KENING KANAN :
Sukacita. Sepakat dan harmoni suami isteri & rumah tangga. Bertemu org yg dikasihi
GERAK KENING KIRI :
Tenang fikiran. Bahagia & riang gembira. Murah rezeki. Bertemu org yg dicintai. Harmoni keluarga.
GERAK KELOMPOK MATA KANAN : 
Mendapat keuntungan dlm perniagaan. Berjaya dlm pekerjaan. Mungkin juga akam menangis  peristiwa sedih.
GERAK KELOMPOK MATA KIRI : 
Bertemu dgn org yg dikasihi(yg lame xjmpe). Melihat org yg disayangi. Bertemu ngn tunang. @ melihat sahabat handai yg dtg dr jauh. Dikunjungi sandara mara yg dtg dr jauh.
GERAK KELOMPOK MATA KIRI BAWAH : 
Duka. Menangis
GERAK BIBIR MATA BAWAH : 
Terjadi hal2 yg sedih. Menangis.
GERAK POHON MATA KANAN : 
Lepas drpd penyakit, bala bancana. Selamat
GERAK POHON MATA KIRI : 
Dpt rezeki (kesenangan)
GERAK EKOR MATA KANAN : 
Menerima tetamu jauh.
GERAK EKOR MATA KIRI : 
Jatuh sakit.
GERAK BIJI MATA KANAN : 
Jatuh cinta. Tertawan dgn seseorang.
GERAK BIJI MATA KIRI : 
Riang gembira. Aman damai dlm hidup
p/s : rasa tak selesa... sbb asyik bergerak jer...

Rabu, 20 Jun 2012

Wordless Wednesday # Selamat Pengantin Baru Ummi & Art

Sarapan Sandwich Telur

Pagi ni aku sarapan sandwich telur...
Telur ni pula lebihan dari majlis hari Ahad...

Nilah lebihan telur tu... 
 Senang jer nak buat sandwich telur ni...

Bahan2nya :
Telur, garam, serbuk lada,
Mayonis, mentega, roti,
Salad @ timun @ tomato

Cara2nya :
~~> Hancurkan telur + garam + serbuk lada (tp aku tak guna)

~~> Campurkan mayonis = gaul rata

~~> Sapukan roti dengan mentega

~~> Ratakan adunan telur tadi di atas roti

~~> Aturkan hirisan Salad @ timun @ tomato
(Sebab bahan ni tak ada... aku tak letak)

~~> Lapikkan dengan sekeping roti lagi

~~> Potong mengikut bentuk yang disukai

~~> SIAP... Selamat menjamu selera



Memandangkan sandwich ni untuk makan2 sendiri jer...
Aku malas nak hiris sisi roti tu...
Kalau hiris... lepas tu tak dimakan... sayang pulak..


Adunan si sebenarnya aku buat malam semalam...
Bila tak habis makan semalam.. simpan..
Pagi ni...  makan lagi...

p/s : kalau buang angin ni...
bau tak???
kihkihkihkih... ;p


Selasa, 19 Jun 2012

Kembali Bekerja

Rindu aku tak???
Hehehehe... macamlah ada yg rindu akukan...
Letih... penat masih terasa...
Kaki pun sakit... lenguh...
Tapi syukur alhamdulillah majlis persandingan kazen aku berjalan lancar...
Walaupun malam berlulut tu ada berita yang mendukacitakan buat org kampung...
Nanti aku cerita kat korang....
Memang banyak yang aku nak cerita...
Harap korang sabar menunggu...

Aku dah macam pengantin pulak... kihkihkihkihkih.... ;p

p/s : nak BW kejap g...

Isnin, 18 Jun 2012

Khasiat-khasiat Pisang


Tertekan? Emosi terganggu ? Selalu Stress ? Cuba try makan buah pisang banyak2...

Buah pisang adalah antara buah-buahan yang kaya dengan mineral serta kandungan vitamin yang tinggi. Selain daripada itu pisang juga amat berguna dalam membantu melegakan stress. Bila kita stress, kadar metabolisme tubuh kita akan meningkat sehingga mengurangkan potassium dalam tubuh badan kita. Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi pada otot. Pisang mengandung potassium iaitu mineral yang boleh meneutralkan degupan jantung seterusnya mengalirkan oxygen ke otak seterusnya mengimbangkan kadar cecair dalam badan. 

Khasiat - khasiat Pisang :
1.Menurunkan tekanan darah tinggi dan strok. 
Ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

2. Menurunkan kolestrol

Ia rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu menurunkan kolestrol.

3. Cirit-birit

Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat cirit-birit.

4. Anaemia

Anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

5. Kemurungan

Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

6. Pening-pening

cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu.

Info !
- Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
- Jika anda digigit nyamuk, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
- Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia 3 bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

Sumber : FB
(auto-post)

Ahad, 17 Jun 2012

Doa Agar Dikurniakan Keampunan, Hidayah, Rezeki Dan Keselamatan


اللهُمَّ اغْفِرْلِي، واهْدِنـِي، وَارْزُقْنِي، وَ عَافِنـِي، أَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ ضِيقِ الْمَقَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya:
 “Ya Allah , ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezeki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindunganMu dari kesempitan tempat berdiri di hari akhirat kelak.

[HR al-Nasa`ei no 209 , Ibn Majah no 1356 , lihat sahih sunan al-Nasa`ei no 356 dan sahih Ibn Majah no 226]

(Copy & Paste dr FB)

Aib Insan...


Jika kita memegang aib insan..seluruh MARUAH dirinya di tangan kita, kita punyai PILIHAN..sembunyikan atau sebarkan..

SEBARKAN :
~~> kita akan rasa puas..

SEMBUNYIKAN :
~~> kita ibarat memendam jiwa rasa..

Mana pilihan kita? Itu pilihan kalian..tapi ingat, aib kita jua di tangan insan lain..dan ingatlah JANJI Allah..jika kita SEMBUNYIKAN aib saudara kita, maka nanti Allah sendiri akan MENUTUP aib kita..insyAllah..♥♥

>>> Buatlah pilihan yang tepat..

p/s : renungan bersama

Sumber # FB PAGE : ilmi-islam.com
(auto-post)

Sabtu, 16 Jun 2012

Doa Sakit Gigi

tooth pain

Sakit gigi...
Sakit yg paling tak digemari...
Ehh... ada yg gemar sakit ke???
Rasa2nye... semua tak nak sakit kan...
Antara sakit kepala dan sakit gigi...
Mana satu rasanye korang nak elak... kalau boleh elaklah...
Kalau aku... aku nak elak dr sakit gigi...
Sbbnya... bila sakit gigi... satu apa pun kerja tak leh buat...
Dudok termenung jer... menahan sakit gigi...
Kalau sakit kepala pula...
Aku masih boleh tahan... lepas tu masih boleh buat kerja lain...
Betul tak...

.........................................................................................................................................................

Diriwayatkan oleh Al-Bayhaqiy menyatakan bahawa Abdullah bin Rawahah telah mengadu sakit geraham kepada Rasulullah SAW. Baginda meletakkan tangan kanannya ke atas dagunya di mana terdapat geraham yang sakit tadi lalu membaca doa berikut tujuh kali:

[Doa+sakit+gigi.bmp]

.........................................................................................................................................................

Al-Humaidiy telah meriwayatkan bahawa Fatimah r.a telah datang kepada Baginda mengadu sakit gusi. Baginda telah memasukkan jari telunjuk kanannya dan meletakkan pada gigi yang sakit lalu berdoa



(auto-post)

Esok Kemuncak Majlis... Doakan Yer...

BUKAN HARI NI JER LETIH... ESOK LAGI LETIH....

Salam semua...
Pagi ni aku curi sikit masa nak post entry ni...
Letih tol... bukan aku sorang jer letih...
Semunyaa letih... 
Mak pak aku, Cik aku (mak pengantin), usu2 aku,
Kazen2 aku... dan sesiapa saje yg terlibat, semuanya letih...
Tak cukup tangan nak buat kerja... memang bz giler...
Awal2 pagi dah bangun... tido pula lewat2 malam...
Banyak yg nak diuruskan...
Bukan takat nak uruskan persiapan perkahwinan aje...
Persiapan untuk majlis Khatamal Al-Quran pun perlu di uruskan..

Alhamdulillah... kazen aku semalam sah menjadi seorang isteri dgn sekali lafaz jer...
Doakan yer... semoga majlis perkawinan kazen aku esok berjalan lancar...

p/s : terima kasih kat awak... awak... awak... yang sudi singgah dan baca blog ni...
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK...
Insya-Allah, lepas cuti ni aku balas kunjungan di blog korang...
Untuk yg sudi follow blog ni... terima kasih jugak...
Insya-Allah... lepas cuti ni jugak... aku follow korang balik...

Jumaat, 15 Jun 2012

Salam Jumaat # Bila Sebut Pasal Hati


Kadang2 ALLAH beri DEGUPAN HATI YANG KUAT bagi menandakan sesuatu akan terjadi...

Kadang2 ALLAH biarkan HATI BERKATA-KATA... mentafsir sesuatu yang di lihat... yang di dengar... dan yang di rasa...

Dan yang pastinya... NIKMAT yang paling tidak dapat di gambarkan tatkala ALLAH beri kita KETENANGAN HATI yang sebenar-benarnya....


SUBHANALLAH... ALHAMDULILLAH... LAILAHAILALAH... ALLAHHUAKBAR...

(auto-post)
Daisypath Anniversary tickers
------------------------------------------------------------------
Daisypath Friendship tickers

BEN ASHAARI