Terbaik Dari Masz(◕◡◕)Sidek

Ahad, 20 November 2011

Kata-kata Panduan (Part-4)


Orang yang bahagia itu selalu menyediakan waktu untuk :
=> membaca kerana membaca itu sumber hikmah 
=> tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa
=> berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuaan.
=> beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan
=> bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
=> beribadat kerana beribadat itu ibu dari segala ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut pada-Ku, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-sinar tetapi tidak melihat apa-apa.

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

Tanda orang bijaksana ialah :
=> Hatinya selalu berniat suci
=> Lidahnya selalu basah dengan Zikrullah
=> Matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
=> Sabar terhadap perkara yang dihadapi
=> Mengutamakan akhirat berbanding dunia.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikkan di balas kebaikan, itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan di balas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan di balas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. 

Hidup umpama aiskrim.
Nikmatilah sebelum cair.

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

0 ^_* Loyar Burok:

Daisypath Anniversary tickers
------------------------------------------------------------------
Daisypath Friendship tickers

BEN ASHAARI