Terbaik Dari Masz(◕◡◕)Sidek

Sabtu, 26 Mei 2012

Percobaan Hanafi Untuk Menyanyi


Hanafi ni anak kazen aku...
Kiranya anak buah aku jugaklah...
Umur dia setahun lebih...
Comel sangat... memang geram tengok dia...


Voice recond ni adik aku yg rakam...
Dia guna application yg serupa suara kartun hp dia...
Tu sebab dia nyanyi macam kartun jer... hehehe

Waktu adik aku nyanyi ni.. Hanafi try nak nyanyi sama...
Mula2 korang dgn kotak kena goncang... tu kotak koko krunch...
Lepas tu... cuba korang dengar betul2... 
Korang akan dengar hanafi cuba menyanyi...
Tu pun dia sambung belakang jer...
ehe... ehe... ehe... macam tu lah bunyinya...
Hehehehe...

video

p/s : suka tengok gelagat budak2.. cute jer

Kasih Sayang # Cerita Dari Rumput


Pada suatu hari, seorang murid bertanya kepada gurunya.
Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana supaya kasih sayang itu berkekalan?

Cikgu : Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan mu. Pilih yang paling cantik tanpa kamu menoleh ke belakang lagi walau sekali.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas. Tiada sehelai rumput di tangannya.

Cikgu : Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar : Tadi masa saya berjalan, saya cari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tidak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi cikgu cakap tidak boleh menoleh ke belakang semula. Jadi tiadalah rumput yang boleh di petik.

Cikgu : Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di hadapan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku dan tak akan berulang lagi. Ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput.

****************************************
Hujan panas turun berderai,
Guruh menyambar pohon jati,
Kasih sayang tak boleh bercerai,
Bagaikan rambut bersimpul mati.

(Maksud : Perasaan cinta dan kasih sayang yang sangat erat)

~Sumber : FB~